Blogger Templates

Thursday, 28 June 2012

KUMAN


Ada yang mengatakan terasa hati, sakit hati dan menyakitkan hati adalah berdosa. Tapi apalah yang boleh kita lakukan andai sudah hati ini berkecil dengan sikap seseorang yang kadang-kadang membuatkan kita terasa.


Pendam? Makin rabaklah hati nampak gayanya.

Cerita? Nak minta simpati atau nak memburukkan orang lain.


 Kadang-kadang hati kita tidaklah sekuat kudrat mengangkat dumbbell. Namun, sikap seseorang yang seolah-olah benarnya hanya dia. Yang salah Cuma kita. Apa dia tidak lihat yang baiknya kita lalu menghentam buruknya kita. Sedarlah, kita seagama, kita seperjuangan. Ke tanah jua kita akhirnya.
Kalau pilih bulu, kenapa pilih bulu ini juga? Dan akhirnya nampak macam sampah. Setiap orang memiliki kesabaran. Setiap orang ada perasaan. Bukan tidak mahu rendahkan ego, tapi nampak terlalu murha bila setiap kali perbalahan ditundukkan. Kenapa tidak ego kau yang kau rendahkan? Sedangkan kau sedar kau egois.
Aku seperti kuman, ada di mana-mana walaupun kewujudanku orang tahu, namun tidak diendahkan. Mungkin merbahaya dan memudaratkan mereka. Andai saja kuman punya hati, tidak rela disapu seperti sampah sarap yang bertaburan di tanah. Sakit. Nasiblah itu sampah. Sedangkan manusia yang digelar sampah masyarakat pun meronta. Seperti itu jugalah sampah andai bernyawa.

@ bersahabat biarlah jujur. jangan memilih sangat. orang yang kau suka belum pasti suka kau.