Blogger Templates

Tuesday, 17 January 2012

Kian Berlalu


Maaf. Demam Ombak Rindu kian berlalu meninggalkan pencinta filem Melayu. Sedikit demi sedikit bayangan filem iu semakin samar dek ditelan masa yang semakin mendepani manusia. Maka beraturlah lagi bayangan-bayangan lain yang akan tiba tidak lama lagi.

Puas aku manahan hati untuk bersabar menonton filem ini. Cuti semester pulak tu. Poket? Jangan ditanya. Pasti kekeringan. Hanya duit bapalah melengkapkan cerita ini dalam imaginasi ku. Hari pertama tayangan, tak payah ceritalah kalau tinggal seat depan sahaja. Mendongak langit semua manusia. Masa nilah yang padan nak dating bagai masuk wayang layan cerita jiwang. OPSS! JANGAN STEAM sangat.

Ranjang? Padaku hanya biasa. Tetapi sensitiviti tidak patut dipandang enteng. Jiwa masyarakat Malaysia semakin sensitif dalam menilai unsur-unsur maksiat dalam penceritaannya. Memanglah logik andai itu adalah antara perlakuan suami isteri. Namun tidaklah perlu dipertontonkan kerana semua itu di dalam kelambu mereka. Just tutup pintu pun orang dah paham.

Ranjang untuk naikkan kutipan pecah panggung ? Aku tidak rasa begitu. Kekuatan ceritanya adalah lebih baik dan berkualiti. Untuk gadis lurus bendul seperti Izzah cerita ini memang sesuai. Tetapi jangan terlalu think out of the box sebab penyelesaian cerita cepatlah tamatnya. Di mana nak jumpa konflik? Di mana nak jumpa aksi? Memang tidaklah kan?

Al-Logiklah kalau tak dapat nak samakan sangat dengan NOVEL. Mana tidaknya. Spesifik sangat novel. Masa terhad pulak tu. Tapi still best. Garapan hebat.

                                                              REDHA TU IKHLAS
                                                          PASRAH TU MENYERAH
                                                             @mantap sangat ayat ni@
                                                          tapi lihatlah.. diKOMEDIkan.


Stesen Keretapi ? JANGAN TUNGGU AKU MALIK! Scene ni mengingatkan aku kepada member-member yang aku bawa dari KL ke teratak yang tak berapa indah di tengah sawah, Pendang. Fuhh! Sentimental dengan movie ini. Next turn to Langkawi. Ada nak jumpa buaian tu tak? Hurm... Kumpul duet dululah. Daim! GRRRRR....

OMBAK RINDU 2 ? Hummm..... Kesudahannya?

No comments: