Blogger Templates

Sunday, 15 January 2012

Novel Pinjam : Fiksyen 302


Mari - Mari @ Masih Panas. 



LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!


Yes! Akhirnya berjaya menghabiskan NOVEL GILA ini. Memang terbaik. Rugi tidak membaca. Sangat rugi OK! Gila yang benar buat aku Gila pada plot cerita ni. Hebat kau Ramlee Awang Murshid. Serius. Ini serius hebat. 


Siapa Zonan ? 

Fuhh. LETIH minda aku berfikir. Plot hebat buat aku kabur kadang-kadang. Asalkan maksudnya aku faham memang terbaik jalan cerita. 

LOGIKNYA

Kredit buat beliau yang menceritakan kisah hidup manusia VVIP yang penuh dengan cubaan. Demi kedudukan dan harta JENAYAH mula dibikin. Walaupun hakikatnya tidak semua seperti itu, yang setitik nila itulah yang mengacau susu yang putih dan suci itu. Sedap. RASUAH dan SONGLAP mewujudkan mata nafsu, cemburu, ego dan segalanya. 

PEGUAM : Susah. Apa benar orang yang dia wakili itu tidak bersalah ? Atau orang itu hanya pura-pura GILA untuk membutakan pihak penguasa. Cukup bijak psikologi. Fuhh! Mengancam!


AVATAR~ 
KAPSUL : Mantap. Bagai Avatar. Masuk ke kapsul menjelajah ke alam lain. 2012 - 2032. Punat di tapak tangan kunci kembali ke alam sebenar. Fantasi menarik. Apa mampu mencapai scein-tech itu. Memang penjelajahan hebat bagai sebuah pengembaraan. 


Tapi aku sedikit musykil. Bagaimana Zonan itu wujud dalam setiap pembunuhan dan kemudian dajal yang dijadikan mangsa untuk membunuh berbogel sakan di tempat kejadian. Apakah ini bomoh ? Gila sewel yang membuatkan cerita ini menarik tahap atas. Imaginasi kuat yang Zonan bawa sampai Farid boleh berhenti untuk membunuh padahal pada awalnya Zonan mahu Datuk Mahali mati. 

Zarina ? Fuh, menggiurkan buat Datuk-Datuk. Seksi. Tapi sayang mati dek cemburu.

Datuk Mahali! Pemerintah @ Wakil Rakyat yang bangang! Hala tuju apa yang dia bawa? Rasuah dan Seleweng merata-rata. Ish! Ni memang masih wujud sehingga ke hari ini. Memang bodoh. Tamak. dan sebagainya. 

RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.

5*****

No comments: